Assalamualaikum..
Sekarang ni kerja aku nak menulis je.Dah makin kerap plak aku tulis entry.Terbalik..Orang lain kerja makin sepi blog dieorng.Aku makin banyak pulak entry.Mungkin menulis ni salah satu teraphy untuk aku.Aku tension aku bukak blog dan terus tulis.Aku sedih ke gembira ke aku bukak blog dan tulis.Pagi ni aku takde apa nak tulis pun aku paksa untuk menulis.Nak isi lapang…kalau tak aku tak habis-habis fikir benda sama.
Banyak entry personal je sekarang.Informasi aku rasa memang dah takde dah.Padahal mission utama blog ni untuk informasi.Entahla mungkin aku sekarang tulis blog bukan untuk cari duit macam aku fikir dulu.Blogwalking pun dah takde.Blog-blog yang selalu datang blog aku je aku terjah.Aku dah tak fikir orang nak baca ke tak blog aku.Blog ni aku jadikan diari untuk aku.Nanti aku dah takde ke boleh orang masuk blog aku.Time tu semua nak nangis terkenang kan aku.hahah…Perasan la tu…
Kebanyakan entry aku buat tak rujuk mana-mana pun.Semua aku taip je ikut suka hati aku.Tapi aku akan pastikan apa aku tulis tak menyinggung hati orang lain.Tapi kalau bab agama pastila ada rujukan.Selagi ada idea aku akan menulis.Menulis banyak kelebihan tau.Siapa yang susah sangat dapat kerja tu sebab tak lepas interview cuba korang start menulis.Pastu soalan interview insyallah boleh jawab punye.Dengan senang je korang buat ayat.Kasi ayat terharu sikit ayat konon hebat sikit maka tertipula panel interview tu.Tapi betul la tulis blog melatih diri kita express sesuatu.
Bila tulis blog sebab suka ni takde la jadi orang gelabah sangat.Ingat lagi kalau dulu nampak je berita bencana dekat TV terus ambil laptop tulis entry.Niat untuk traffik.So,menulis tu jadi tak fun.Macam terpaksa plak kan.Pastu blogwalking macam orang gile.Blog yang aku tak suka pun aku sebat follow ngan komen.Sebabnya nak tambah follower.Tu yang sekarang tak berganjak-ganjak follower sekarang.Mantain je 2++.Mana taknye dah tak pernah terjah blog lain dah.Tapi seronok gak tengok orang punye blog riburibantraffik ni.Tapi mungkin aku takde bakat nak jadi macam tu kot.Tapi boleh…buat blog collabration.Bergabung banyak blogger untuk satu blog.Tu baru mantop dan superb blog terhasil ye tak.
Incoming search terms:
- aku tulis apa aku nak tulis blogspot
- ayat untuk jawab interview
- coretan diri
- membuat ayat untuk jawab email
- mungkin keje aku

aku masih nulis sebab aku rasa nak nulis.yang lain-lain dah jadi macam sampingan.cuma jarang sangat nak nulis sekarang.
tanpa nulis blog mungkin aku masih dengan dunia aku sendiri.
ghost writer recently posted..separuh tubuh masih dalam penjara
[Reply]
hehe..tulis aje apa yang ko nak. insya-Allah..banyak benda yang akan datang nanti..
titan recently posted..Jujur itu lebih kacak
[Reply]
kalu dah minat ni susah sikit nk kontrol… hehee… tpi xper, bukannya susahkan org lain pun kan… hida pun minat menulis sbb tu ble blog lama ada masalah, hida create pulak blog bru… hehee..
HiDa recently posted..JIKA DIA JODOHKU
[Reply]
KALAU KAU PERASAN DULU AKU RAJIN JUGA MENULIS. SEKARANG MASIH MENULIS, TAPI SEDIKIT KURANG. BANYAK GAMBAR SAHAJA..
[Reply]
menulis ke menaip? jeng2
[Reply]
emm akak pun same dh tak kisah dh ade org dtg ke tak kat blog.. lgpun akak mmg dh malas nk update hehe..
sinderella celop recently posted..Air mata saya tak henti mengalir
[Reply]
Aku buat blog aku pun dah jadi macam hobi,… apa aku dpt yg berguna utk kongsi aku kongsi je. Bab trafik tu terpulanglah pada orang nak baca @ tak, yang penting hati HAPPY
shraqs recently posted..Download NDrive Southeast Asia v11 GPS Navigation Untuk Android
[Reply]
Jadi diri sendiri. Tulis selagi tidak melanggar batas-batas sosial dan agama.
[Reply]
atok menulis untuk suko2…..sekrang ni macam ketagih nulih blog….klu atok nak mintak pendapat, ramai yg sudi beri komen…. =)
atok recently posted..Tarian Piring
[Reply]
okla tu..at least ada sumthing untuk coretan diri sendiri..lagipun kalau kita tgk pda permulaan dulu..org jadikan blog sebagai tmpat luahan isi hati..cuma skrg ni da dikomersialkan..
errr..chii dok cari gak..mana perkataan yg faiz tulis..rupa2nya taip ..ehehe
chii recently posted..Wordless Wednesday #19 – Makan Beradab?
[Reply]
“Aku menulis bukan kerna nama…” hehe… Saya pun menulis blog ni sekadar berkongsi cerita dan rasa. Tak kisah sangat bab follower dan traffic ni… baru-baru dulu memang ya.
Ni pun baru kembali bersemangat untuk menulis…
The Book Writer recently posted..Aku & Situasi
[Reply]