Assalamualaikum..
Layan lagu Bittersweet Capital E tertarik pulak dengan lirik dia dan salah satu perkataan decided.Korang rasa hidup ni memang dah ditentukan ke.Kita gagal kita fikir ketentuan…Kita sakit kita fikir yang semua tu dah ditentukan.Padahal sedar tak kebanyakan apa yang berlaku disebabkan diri kita sendiri.So,kena faham maksud Qada’ dan Qadar’.Sebagai contoh korang sakit diabetes tu ketentuan ke atau salah diri sendiri.Minum air coke sebotol 3 liter sehari mana taknye kan.
Mentaliti segala benda dah ditentukan ni boleh buat kita jadi pemalas pun ada.Sebagai contoh orang ada sakit.So,dia buat alasan badan dia lemah dan tak boleh buat kerja berat.Tak cuba nak berusaha lakukan sesuatu.Padahal kalau dia cuba mungkin dia boleh buat dengan baik.Kita manusia ni ada banyak pilihan yang tuhan bagi pada kita.Nak buat atau tak.Silap pilih jalan memang habis.Jangan hanya menunggu..kalau rasa itu yang terbaik buat saje.
Sejak akhir-akhir ni sedikit down dalam diri aku.Ni semua fikir perbuatan masa lampau punye pasal la ni.Terasa bangang dan bodoh bila fikirkan.Tapi doa je la jalan terbaik untuk kita merubah dan membaiki kesilapan lama.Walaupun orang cakap menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanye.Tapi aku tak percaya langsung dengan pepatah ni.Allah berkuasa segala-galanya.Kun Fa Ya Kun.Kalau tuhan kata jadi…jadila.Bila dah nazak je kita tak boleh nak ubah dah.
Kelemahan..kelebihan tu semua dah ditentukan dalam diri masing-masing.Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.Selalunya kita ni kalah dengan kelemahan dalam diri kita.Just accept it.Syukur…Kelemahan tu tetap ada tapi kita boleh membaiki kelemahan tu.Mungkin kita tak boleh buang semua kelemahan tu tapi Insyaallah kita akan jadi lebih baik.Kalau kelebihan tu lebih banyak dari kelemahan tu jangan plak korang jadi berlagak pulak.Ingat bila-bila masa kita ni boleh jatuh.
p/s-Keep trying to be better person…
Incoming search terms:
- apa yang berlaku hari ini dah ditentukan
- doa membaiki kesilapan diri
- fikir qada dan
- kata-kata hikmah tak semua boleh terima kita seadanya
- maksud lagu capital e

baik atau buruk nya sesuatu perkara tu..kita yg tentukan..akal yg waras dikurniakan..jadi gunakan sebaiknya..jgn berserah dan menyalahkan takdir sekiranya berlaku sesuatu sebab diri sendiri yg da decide mcm tu..
setuju kata2 en faiz
chii recently posted..Doa dari hadis sohih utk muslimah
[Reply]
SENTIASA BERUSAHA MEMPERBAII KELEMAHAN SENDIRI..
FAIRUS recently posted..MENGEJAR BAYANG : I LOVE SCOTLAND
[Reply]
Sama-samalah menjadi lebih baik dari hari-hari sebelum ini.
akubiomed recently posted..Hot dog sebagai santapan malam
[Reply]
sama seperti saat menerima musibah, tak semestinya kita menangisi dan mengeluh tanpa berbuat sesuatu untuk perbaikinya. mungkin di sebaliknya ada ketentuan lain yang diberikan pada kita.
ghost writer recently posted..separuh tubuh masih dalam penjara
[Reply]
itulah sifat manusiakan…sama2lah kita baiki diri masing2…
sham recently posted..Dekat Sangat Dah…
[Reply]
sekali lagi entri yang menarik dan cukup bermotivasi

yups
ramai salah faham tentang takdir
Hans recently posted..Adik Tak Mahu Adik Baru
[Reply]
terima aje seadanya..
titan recently posted..Jujur itu lebih kacak
[Reply]